Tuahnya Wanita.



Salam kepada pembaca semua,ini kali saya ingin berkongsi atau menyampaikan maklumat kepada yang belum membaca tentang kelebihan yang terdapat pada Wanita Islam.Dipetik daripada Bayan Mastura oleh Syed Ahmad Khan pada Januari 1992.Antaranya adalah:
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala Jihad.
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada Yakut.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah",Allah akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
  • Wanita yang menjaga solat,puasa dan taat kepada suami,Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala Haji.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun 1/2),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badanya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan  mendapat pahala tola perak.
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan Istiqhamah.

Bertuahkan mereka yang bergelar wanita Islam,dalam diam-diam dan tanpa diduga macam-macam diberinya,lebih-lebih yang statusnya isteri,jadi apa tunggu lagi kepada yang belum mendirikan rumahtangga,cepat-cepat cari ya.Wassalam

63 comments:

ashraf said...

best artikel ni.mohon share ye :)

AJIB said...

boleh pe salahnye...ini pn untuk semua,tak salah berkongsi hehe

aqeyLs said...

:).. bertuahnye wanita

Anonymous said...

yep bertuah kalau pandai jaga..senang jugak masuk neraka...moga tuhan ampuni dosa2 kita..takutt!

AJIB said...

hmm betul,tetapi pilihan terletak kpd mereka,harap golongan wanita ni jangan persiakan apa yg telah diberi hehe

Anonymous said...

wow~~!! bertuah nye rase~~!!

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

alhamdulillh,,, =)

kimuratiqah said...

bersyukurnya jadi seorang perempuan

Cik Mimie said...

alhamdulillah, bertuahnye rasa..
semoga kita semua tergolong dlm wanita yg disebutkn..amin..

GaDiS OGi' JoRo' said...

alhamdulillah..
bersyukur dilahirkn sbgi seorg wanita.. :)

Unknown said...

mudah2an Allah terima ibadatku... syukur jadi wanita...alhamdulillah...

Areyoudys said...

as salam...
syukran..
:)
begitu indahnya kelebihan2 yang Allah beri kepada kaum Hawa ;)

||aLeaSaRa|| said...

alhamdulillah btuahnya dilahirkan sbg wanita.pglmn melahirkan,menyusukan anak2 kembar bersilih ganti,menjaga anak semasa sakit,menjaga hubby selepas operate..Ya Allah betapa bsukurnya!Tq ye rasa nak nangis ni huhu

~wannie~ said...

Alhamdulillah...bertuahnya jadi seorang wanita

Lin said...

bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita ;)

Cik Kira said...

salam.alhamdulillah.syukur aq ya Allah di jadikan sebagai sorang wanita :]

Miera Hassan said...

Alhamdulillah

Noor Fatin said...

alhamdulillah..nice info :)

Han Na Aisyah said...

bertuahnya jd wanita ;]
share ye

CikNiza said...

alhamdulillah..wanita dipandang tinggi dari sisi agama Islam..tapi kadang2 wanita Islam itu sendiri tak pernah nak menghargai dan menggunakan keistimewaan ni..

runung-renungkan lah wahai wanita-wanita sekalian..:)

Just Me said...

syukur sb dlahirkan sbgai seorg wanita.. alhamdulillah =)

Unknown said...

setiap dugaan yg diberi oleh Allah de ganjarannye. Makin kuat dugaannya, InsyaAllah besar ganjarannye :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

terasa diri ini sangat bertuah dilahirkan sebagai wanita.. (^^)

ila said...

terima kasih igt kn satu sama lain

abadi romeo said...

Susah sikit nak cari yang ada ciri2 macam ni..ada bukannya tak ada..puas
lah kene servey...silap haribulan tak.kawin2

Unknown said...

informasi berguna thnx ;)

UNICHI YJ said...

bertuahnya wanita..
thx sharing :)

Shiema Said said...

hehe.. ni yg bersemnagat nk kawen ni.. :D

Cik Yana said...

wanita memang bertuah,
tapi wanita paling senang buat dosa :)

nur aisya humaira said...

Allahuakbar!!!
Beruntungnye wanita!!!
semoga ALLAH meletkkn sye dikalangan wanita2 ini..:)

caer sasuke said...

bertuah tol kaum hawa..=)

NuSaNa NoSa 91 said...

pilihan ada kt tgn kita sama ada nk amik peluang tuah ni atau x.. kn2? ^_^

Fasihah Supian said...

wah..info yang menarik...terima kasih!

Cikgu Tie said...

bertuahnya cukgu tie sebagai seorang wanita....

Ati Masrif said...

salam kenal,

memang bertuah

bukan senang jadi wanita tau ^_^

kak ati FLW U..203

Misz Ara said...

bertuah menjadi seorg yg bergelar wanita.. tnx for sharing

anamizu said...

byk kelebihan jadi wanita nih sbnrnye ^^

recent post : |curriculum vitae atau resume???|

kindergartenlibrary said...

rasa beruntung jadi wanita . . atau gadis

=)

-filzah.sofia- said...

alhamdulillah..
syukran ya Allah.. smg diri lebih tabah mnjalani hidup sbg seorg wanita. amiin..
=)

cik ain said...

bertuahnya jadi wanita,macam senang jer nk dpt ke syurga tp dugaan yg selalu di hadapi tk mudah utk ditangani kebanyakkan kaum wanita.

AnakPakZohar said...

im proud to be a woman.... ^^

Puyi said...

terima kasih ya Allah... Kalau agama lain menghambakan wanita, Kau menangkat darjat wanita :D Sesungguhnya Islam itu ialah agama yang benar.

ibu hidayahamin said...

Alhamdulillah... bertuahnya menjadi wanita...

Anonymous said...

bukan snang utk mjadi wanita yg btul2 solehah

kak gojes said...

bertuahnya sy seorang wanita dan juga isteri serta ibu kepada dua anak

darl sepet said...

alhamdulillah..saya seorg wanita.

kmvsblogger said...

mmg cukup bertuah

chentaMAYA said...

alhamdulillah~

Anonymous said...

nak kawen cepat tp mak xbagi.haha

jeera said...

bertuah rasenye jadi wanita :)
mtk ijin share yee :)

nuralynZAKREE said...

syukran ya anta.. Alhamdulillah ~ :))
cehh , mentang2 belajo arb.

Nadia said...

wahhh best lah jadia wanita islam
alhamdulillah ^__^ nk share jugak bolh :)

AJIB said...

Alhamdulillah,ramai gak pengomel yg sudi membuat catatan d sini ye,u all boleh ambil n3 ini n share ngan kawan2...hehe tq u all,sayang kamu semua...

Leyha said...

terima kasih atas artikel nie. Alhamdulillah .

nurzahidah said...

alhmdulillah...thanx share entry nih..
mohon share jgk k..=)

nur aisya humaira said...

I want to be dat kind of wanita solehah...:)
doakan ye.,...:)

Hidayu said...

terima kasih coz bg link kat blog sy... best artikel nie..

~marlia maya~ said...

tq for the inf0 :D

Amelia said...

hehe..saya ada buku ni kat rmah
bidadari syurga kot..tak rugi beli
mmg bez

Bunga said...

:) tersenyum baca entri ni..mmg DIA MAHA PEMURAH..bersyukur dijadikan sebagai seorang wanita..

..cik hana.. said...

sangat terharu apabila membacanya...sesungguhnya rasa sangat bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang wanita..thanks for da share ajib :)

abikwan said...

kalau ikut 4 perkara, wanita lah yg paling masuk syurga.

Unknown said...

untung la mnjadi seorang wanita...tapi bg yg dilahirkan sbg lelaki tuu, jgn pulak tukar jantina oleh kerana perkara ini....bersyukurlah anda(lelaki) kerana anda(lelaki) yang akan menjadi imam kepada wanita tersebut....=)