Android On Pc

Berita gembira terutamnya kepada yang masih belum mempunyai gajet-gajet seperti telefon pintar yang menggunakan os seperti Android,sekarang anda boleh menikmatinya dan juga kepada peminat Android os,kerana kini anda boleh menikmatinya melalui komputer anda,cuma apa yang anda perlu hanyalah muat turun Blue Stacks App Player disini size 8.53mb. Ia adalah program pelagak ( emulator ) yang masih baru dan dalam peringkat percubaan. Saya telah menggunakannya hasilnya amat-amatlah mengkagumkan.Jom nikmatinya kerana sekarang gajet saya berukuran 23 inci hehe berbanding 10.1 kan hahaha...gurau je jangan marah.

Kelebihanya:
  • Skrin ikut saiz pc anda
  • Kelajuaan dan kecekapan ikut pc anda
  • Grafik ikut pc anda
  • Internal memory ikut pc anda

Langkah-lankahnya lihat gambarajah dibawah,perhatian aplikasi ini hanya beroperasi pada window xp sp3 dan keatas,jadi siapa yang masih menggunakan window xp sp2 ke bawah cepat-cepatlah berubah kepada window-window yang terkini:


Pilih os yang anda gunakan di komputer anda contoh window,cuma klik di butang Download.

Ikut arahan yang diberikan,apabila muat turun anda telah berjaya cuma klik pada file BlueStacks_SplitInstaller_native dan ikuti arahan yang diberi.

Kini anda telah berjaya,apa tunggu lagi,program ia amat mudah untuk kita memahaminya. Kepada yang mempunyai telefon pintar os android boleh menggunakan email ( daftar untuk akaun Google )yang sama kerana memudahkan anda untuk memuat turun kembali aplikasi yang pernah anda muat turun.



Jangan risau untuk menggunakannya,ia tidak akan menggangu operasi window anda,yang perlu anda risau adalah tahap teruja anda hehe...Enjoy your life

Laman web untuk aplikasi ini muat turun
Tutorial melalui video klik disini

2 comments:

Faizal Avro-Avava said...

berat plak kt laptop aku hehehe

Faizal Avro-Avava said...

hehe pc aku lembab la..