Graphic Card

 
NVIDIA VS ATI

                            


Ok ini kali saya ingin berkongsi maklumat mengenai grafik kad yang terdapat pada setiap komputer dan ini juga khas di tujukan kepada Achuwad (di atas permintaannya ),grafik kad untuk komputer ada dua jenis NVIDIA dan juga ATI.






Bagi kad Nvidia ia sekarang ada pelbagai teknologi terkini contohnya CUDA ( Computer Unified Device Architecture ) atau dulu dikenali GPU ( Graphic Processing Unit ),dan apa yang saya faham,teknologi CUDA adalah cara ia berkerja jika dulu GPU hanya buat satu kerja dalam satu masa dan sekarang teknologi CUDA pula buat dua kerja dalam satu-satu masa.Kesimpulannya teknologi sekarang ingin melakukan banyak kerja tetapi dalam satu-satu masa dengan lebih cepat dan mempunyai shader.Untuk mendapatkan tahap maksima biasa pengguna pc menggunakan dua grafik kad dalam  satu pc.( SLI for NVIDIA )

 
Terdapat pelbagai siri dan jenama,untuk yang baik harganya mahal walaupun keupayaannya sama dengan produk dari ATI dan jenis-jenis antaranya :
  • ASUS GTS 430
  • GALAXY GTX 460
  • GIGABYTE GTX 470
  • MSI GTX 580 (Yang siri GTX 580 adalah yang terkini,tidak kira apa jenama)


 

Bagi grafik kad ATI adalah yang paling ringkas ataupun mudah,kerana GPU yang di asaskan oleh AMD. Kebanyakkan pengguna lebih suka menggunakanya ini adalah kerana keupayaannya lebih kepada kelajuaan GPU (harga murah walaupun kelajuaan sama NVIDIA).Untuk mendapatkan tahap maksima biasa pengguna pc menggunakan dua grafik kad dalam  satu pc.( CROSS FIRE @ CF  for ATI )

Ia juga dilengkapi dengan ATI Overdrive (software) bermakna anda boleh memaksimakanya mengikut kehendak anda.(awas akan Temperature) berfungsi untuk menambah kelajuaan GPU.

 
Terdapat pelbagai siri dan juga jenama,dan yang paling terkini adalah siri 6870,dilengkapi dengan soket HDMI (High Defination Multimedia Interface bermakna lebih nyata dan jelas ) dan diantaranya adalah:
  • ASUS HD 3870
  • SHAPPHIRE HD 4870
  • GIGABYE HD 5870
  • MSI HD 6870
PERKARA PENTING
Spesifikasi grafik kad adalah perkara paling utama anda harus lihat,kerana setiap siri mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri,apakah yang harus anda lihat adalah :
  1. RAM   ( kapasitinya,makin banyak lagi bagus contoh 128MB,256MB,512MB,1GB dan yang terkini ada 2GB )
  2. RAM SPEED  ( jika dulu DDR1 hanya 100MHZ terkini adalah DDR5 boleh menjangkau kelajuaan 4900MHZ)
  3. BIT  ( ini adalah ketelitiaan gambar ataupun kehalusan gambar yang di keluarkan,makin tinggi BIT makin bagus,contoh yang ada 64BIT,128BIT,256BIT dan 512BIT )
  4. VGA @ DVI @ HDMI ( soket yang terdapat pada kad untuk disambungkan pada skrin )
  5. POWER SUPPLY REQUIRED setiap kad.
Sekarang terpulang kepada anda untuk menentukan yang manakah paling terbaik???