Mimpi Nabi Dan Sahabat Nabi.


Kisah benar pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW.

Sesuatu yang berharga untuk dikongsi bersama....

Luangkan masa kalian untuk membaca....ambil peringatan dari Baginda Nabi....tunjukkan KECINTAAN
pada Rasulullah S.A.W....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....



          Ya Allah...lancarkan jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. Melalui mimpi hari Khamis,16 Rejab 1427H.
Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yang bermaksud "KESAYANGANKU", jua gelaran Nabi kepada puteri kesayangan Baginda,Fatimah.Ketika khilaf memilih nama itu,ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alahamdulillah,doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

           Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.Beliau menghabiskan masa 3 tahun untuk menghafal 30 juzuk KALAMULLAH ketika berada di negeri kelahirannya.Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu dan ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah.Sebagai anak sulung,beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.Setiap hari beliau menghafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dengan ustaz di sebelah rumahnya.Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di Universiti ini.

           Akak ini memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu.Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya,tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalutidak pernah sembuh.Pernah suatu ketika,selepas makan,beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu.Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan.Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13kg.Beliau hanya menggahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari.Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

          Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiqmullail sebagai pendinding daripada ganguan yang terus-terusan menyakiti diri.Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum subuh,zuhur dan maghrib.Beliau telah banyak berubat di merata tempat,berjumpa doktor-doktor pakar,malah ulama' yang faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu seorang lecturee di sini.Tetapi beliau hanya mampu bertahan.pesan ustaznya,setiap kali beliau sakit,banyakkan baca surah Al-Baqarah.

         Pagi Khamis itu,beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas.Beliau bangun kira-kira jam 0430 pagi untuk solat.Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan,beliau ke bilik air untuk berwudhu' dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri,justeru beliau merangkak ke bilik.Sampai sahaja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.Disebabkan sakit yang mungkin dan tak tertanggung,dengan spontan beliau niatkan,"Ya Allah,kiranya mati itu baik untukku,aku redha,tetapi sekiranya Engkau ingin aku terus hidup,aku ingin mendengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..."

          Kemudian beliau pengsan,sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana.Waktu itu,sahabat-sahabatnya telah pun menghantar pesanan sms kepada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau kelihatan suadah nazak.Malah mereka telah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarganya untuk dihubungi sekiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah.Kira-kira jam 11 pagi itulah,ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah,beliau bermimpi.Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik.Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

          Tiba-tiba datang seorang hamba Allah dengan wajah bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali,kira-kira dua meter dari beliau.Wajahnya Subhanallah....indah sekali,tak dapat nak digambarkan.Beliau tertanya-tanya,sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya.Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.Kemudiaan,hamba Allah itu mengatakan,"Assalamu'alaikum,ana Rasulullah.."Subhanallah...baginda Nabi rupanya!Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda.beliau nampak dengan jelas mata baginda Nabi,janggut Baginda,kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda.Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku,Masjid Nabawi)...Allahuakbar!

         Kemudian baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). ketika mendengar suara Nabi mengalunkan kalamullah,terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam.Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan.Nabi katakan (dalam lughahl arab,tapi diterjemahkan di sini) ; "Ya syamimi,dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati,maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya syamimi,terlintas di hatinya "Ya Allah...Baginda kenal umatnya!".Ya Rasulullah... ketika itu,beliau dapat merasakan baiknya Allah,memberi nikmat yang begitu besar buat dirinya.

          Kemudian Nabi katakan lagi; "sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam.Insya'Allah,kita semua akan berjumpa nanti.."Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "ummati.. ummati.. ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu.Beberapa titisan airmata baginda yang suci mengalir untuk ummat baginda! Kemudian baginda Nabi melangkah pergi.Beliau merintih,"Jangan pergi ya Rasulullah.." tetapi baginda tetap pergi.Subhanallah,walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yang mulia,Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya,Beliau sendiri tidak pasti,apakah baginda Nabi menangis kerana rindu kepada ummatnya,atau mungkin saja Baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? Wallahua'lam...

           Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu,beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasulullah..."Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat umat Baginda.Semua mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi.Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada baginda sedangkan kita amat berhutang budi padanya.Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.

           Ya Allah..ketika itu,tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa'kan pada Allah atas nikmat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya.Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah.Kiranya ada khalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah,pasti akan beliau sebutkan buat Allah yang Maha Kaya.Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah.Rasa sakit masih menular di tubuhnya.Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

             Usai soalt zuhur,rasa sakit yang di tanggunnya makin hebat.Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa.Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.Kalau dulu,beliau akn menangis dalam menghadapi kesakitan,namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis."Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..."Kemudian beliau tidur.Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan.Beliau katakan "ya Allah,apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini,rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..."Kemudian dengan izin Allah,datang empat orang yang berpakaian serba hijau.Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya syamimi...Rasulullah s.a.w sampaikan salam buatmu.Kami utusan Rasulullah...Nahnu Khulafa' Ar-rasyidin.ana Abu Bakr,ini Ummar Al-khattab,Uthman Bin 'Affan dan Ali..."Subhanallah...Saidina abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabat yang mulia.Beliau nampak sendiri Saidina Abu Bakr yang amat lembut perwatakannya,Saidina Ummar dengan wajah tegasnya,Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina "Ali yang agak kecil orangnya.

Para sahat mengatakan; "kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti.."Kemudian keempat-empat mereka membaca ayat 102 surah Al-Baqarah yang bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman.Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir,mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebaab itu janganlah kafir.'Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya,dengan izin Allah.Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan,dan tidak memberi manfaat kepada mereka.Dan sungguh,mereka sudah tahu,barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu,nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat.Dan sungguh,sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir,sekiranya mereka tahu.."

          Selesai mimpi indah yang kedua ini,beliau bangun dari tidur dan terus duduk.Rakan-rakan sebilik pelik,kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah.Kemudian sahabat-sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah...dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan sekitar bili."Ya Allah,penyakit ana dah sembuh.."semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis.Kemudian beliau segera sujud syukur pada Allah S.A.W. "Ya Allah,kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan.."

           Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik,wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan baginda.Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya.Kalau boleh,nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia.Tetapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini,maka hidup mesti diteruskan.Sekarang ini hati akak tenang sangat...Kalau boleh,nak je akak pinjamkan hati ini walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini.Tapi itu tak mungkin kan,mungkin ini bahagiaan akak,bahagian kalian?Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu.Akhir sekali akak ingin katakan,tak rugi kita bersabar..."

No comments: