Khalifah

PERBEZAAN


Salam buat pembaca sekalian,tahukah anda apa perbezaan tanggungjawap antara lelaki dan perempuan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini,ingin tahu lebih lanjut jom baca ini.


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh,manakala dosa gadis bujang
ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri,dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN...

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,manakala perempuan tidak,perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya,kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN...

Suami kena bagi nafkah pada isteri,ini wajib tetapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri,lebih-lebih lagi yang bergelar suami yang tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.Lelaki mati cepat kerana tidak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu,kalau tidak tahu kena jadi perempuan.Begitulah kira-kiranya hehehe.


WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki.Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat pada isterinya.Talak terletak ditangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?Itulah bandingannya dengan wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk Allah di mukabumi ini,dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun Allah (dosa kecil).

Di akhirat kelak,seorang lelaki akan bertanggungjawapkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya,ibunya,anak perempuanya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula,tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini: Suaminya,ayahnya,anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu,puasa bulan Ramadhan,taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengankat senjata.
MasyaAllah...Sayangnya Allah pada wanita...

27 comments:

Nur Hani said...

Salam :) alhamdulillah pagi-pagi ini ada orang bagi hani baca post ilmiah. terima kasih, tapi perbandingan ini sebenarnya sama rata berat nya. Susahnya kaum kami melahir dan menjaga kaummu, seperti itu jugalah susahnya kaummu menanggung beban dari kaum kami. Andai wanita ibarat mutiara dan berlian, lelaki pula ibarat pahlawan gah dimedan perang :) sebenarnya, sifat dan lumrah ciptaan Allah adil-adil belaka :)

AJIB said...

Alhamdulillah,betul2 Nur Hani,sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Penyayang...

teyn teyn said...

thx atas perkongsian entri ini .

Shahidah said...

subhanallah..mulianya wanita dengan Islam..wanita mulia apabila taat perintah Allah dn tngglkn larangan-Nya..
syukran ye sudi invite ana bce..

::nuRuLaDHar:: said...

cantik kan ciptaan Allah? sangat cantik lagi hikmah di sebaliknya. subhanAllah...setuju dgn pendapat nur hani.. =)

TS said...

thanx for this info...

fiera said...

thanx jgak...sgt hargai..

Zona Indonesia said...

Bila kita memahami perbedaan ini dan hidup kita dilandasi oleh hal itu.. maka jalan ke Surga mungkin akan lebih mudah.. :) Peace

niesz said...

besar tnggngjwb sorg laki..thanx for sharing ya..bnyk yg niesz dpt dr entry nie..thanx again! :)

yua said...

cantik wanita krn peribadi...

anyway, sgt suka ngan post ni =)

syafiqa said...

tengs share info ni.terbuka sikit minda.

zaty luvlianncez said...

sudaa baca,bwu je follow u

visit me back ea

wanita itu begitu istimewa

Mediha Omar said...

Thank you :)

Unknown said...

hrmmm....teringin nak jadi isteri solehah...amin...masuri follo d cni ya....

Encik MamaT said...

maaf... kita sebagai manusia tidak menanggung dosa orang lain...sebagaimana firman Allah:

katakanlah: “Apakah aku akan mencari Rabb selain Allah, padahal Dia adalah Rabb bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Rabbmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan”. (QS. 6:164)
Surah Al-An'am ayat 164

suami dan bapa menanggung dosa isteri dan anak gadis mereka??!!

Fasihah Supian said...

dua2 ada pros and cons..dua2 tanggungjawabnya besar sebenarnya..terima kasih berkongsi..:)

Lelaki Ego Tinggi + Jual Mahal

Anonymous said...

tiba2 terasa betapa bertuahnya diri dilahirkan sebagai perempuan

neni izazi said...

nak mintak share boleh????

AJIB said...

hehe boleh2 sik da hal,info untuk kita berkongsi bersama2 juga...

abadi romeo said...

post yg menarik untuk di baca dan dikongsi bersama

KUREKURE COMEL said...

nak jd isteri mithali...tp sedikit susah...huhuhu...akan cube perbaiki...

Cikgu Tie said...

Satu perkongsian yang baik.
Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

Bunga said...

terharu baca ni..mmg sesungguhnya Allah 2 Maha Pengasih n Pemurah..

THE GREEN said...

haa.. itu la susahnya menjadi lelaki. byk beban perlu ditanggung sampaikan yg pompuan punya dosa pun lelaki jugak yg tanggung..

outbound training di malang said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Sukses besar esok hari dimulai dari tindakan-tindakan kecil hari ini .,..
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

Buatbest said...

Ya Allah, ampunilah dosaku~

Tinta Lana said...

Assalammualaikum ajib.

Moment paling ditunggu oleh seorg wanita ialah bila dia bergelar ibu.. itulah title yang lana harap, lana juga dapat laluinya suatu hari nanti ^_^