Gajet yang ingin saya miliki (jika ada bajet lebih hehe),baru-baru ini saya ada ikut kawan ke Kuching Sentral untuk menukar bateri jam beliau(apok) kerana kedai jam di situ ada bateri jam dari Negara Jepun Original beb dan juga servis jam yang terbaik,dalam masa yang sama juga sambil menunggu saya sudah terlihat sebuah jam dan terus terpikat (seperti gambar di atas) hehe...
Kawan yang seorang lagi (apek) pula menegur dek kerana saya memerhatikan jam tersebut agak terlalu lama hehe dan katanya jam itu sangatlah baik kerana mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan kerana mempunyai fungsi-fungsi yang agak canggih.(dia pun minat juga lupanya beb hehe).Jadi saya pun memanggil seorang jurujual (perempuan) di situ dan menyatakan ingin melihat dan ingin tahu lebih mendalam tentang jam tersebut...
Apabila sudah mendengar dan mencuba sendiri semakin bertambah minat saya di buatnya hehe...
Sesampainya di rumah saya,dengan tidak membuang masa terus search di dalam internet model tersebut dan saya dapati bahawa model seperti itu mempunyai pelbagai model,model yang saya minati ini adalah RESIN BAND WARNA HIJAU PRG-130-1V...Di sini saya ingin berkongsi maklumat yang mungkin hati anda akan terbuka juga untuk meminatinya hehe...
Kelebihan utama jam tersebut di antaranya:
- Mempunyai Kompas
- Mempunyai Barometrik (mengetahui tekanan sekeliling kita)
- Mempunyai Altitud (mengetahui aras kedudukan kita)
- Mempunyai Termometer (mengetahui suhu sekeliling kita)
- Mempunyai Moon Data (bulan penuh ke ataupun anak bulan hehe)
- Mempunyai Tide Graph (pasang surut laut)
- Solar Powered (cas bateri melalui cahaya matahari)
Buat pengetahuan anda model utama terbahagi dari empat kategori di antaranya:
- Triple sensor analog indicator
- Triple sensor general purpose line
- Triple sensor dual layer lcd
- Triple sensor slim line
Ha ini dia rupa sebenar jam tersebut apabila di leraikan hehe
Salah satu model daripada keluaran Casio (digital data bank) yang pernah saya gunakan dahulu.Smart kan tetapi sekarang sudah hak milik kekal adik saya...
9 comments:
wah..bnyak function,,harga dia mahal tak?
smart jam :)
jika tali titanium harganya hmpir 1k gak..nk jimat ckt carilh tali getah murah ckt hehe...
xpo2..duit rayo perabih kt jam mahal xpo. Baru nampak skit duit rayo ae ke mano..hehe. Agk2 paham x?
kalo camni nak kumpul wit raya lah nak beli jam nie... tak kira.. nak beli jgk.. haha
smart betul..hehe
ye lah..lawa pulak aku nengok jam nie..
cntikk...tp harga pon mst cntik kan? hehe
jam Casio lama sy dulu juz ada fungsi moon data ^^
Post a Comment