Perempuan Lawan Lelaki


Hahahahaha masuk akal tak???

Jangan terpedaya dengan gambar di atas tu ye,itu cuma lakonan semata-mata....Nak tahu kisah di sebalik gambar itu nah dibawah ni....




Suatu hari seorang profesor menulis ayat "Woman without her man is nothing" di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda bacaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.


Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu
dia telah meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu hingga
ayat itu dibaca seperti berikut:

"Woman, without her man, is nothing"


Usaha pelajar lelaki ini mendapat sorakan semua pelajar
lelaki. Dengan bangganya pelajar ini duduk dan di tempatnya dan
sorakan berterusan.

Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada
semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian, dengan penuh yakin dia
meletakkan tanda-tanda bacaaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca
seperti berikut:

"Woman! Without her, man is nothing"

Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya
semua mata tertumpu kepada profesor.

"Well", kata profesor itu."You can be what you want to be." Lalu
keluar meninggalkan dewan.

Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini? Banyak, tetapi kata-
kata profesor itu yang menyentak. You can be what you want to be.
Maknanya daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau
sebaliknya. Pilihan pada diri kita. Kalau 'woman without her man is
nothing
' dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi tertentu
hasilnya berbentuk negatif bagi wanita. Tetapi apabila dibaca
sebagai "Woman! Without her, man is nothing". Ia begitu memotivasi
dan amat bernilai sekali.

Petikan buku .Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, "Membina Hati Bahagia",
(111-112)

7 comments:

ann frendly said...

keh..keh..keh..
lucu tengok gambar atas tu..
tak sampai hati org yg besar t nak lawan org kecil tu gamaknye..

ermm..perempuan dan lelaki sama2 saling memerlukan..

Mohd Razzid said...

yup setuju sangat2 hehe...bayangkan jika dunia ni ade pempuan je huhuhuhu...
Thanks follow me hehehe

shida~ said...

sy pon stuju...betol ckp prof tu kan..hehehe..pompuan n lelaki saling memerlukan..ikot kite la nk jd cmane..

Mohd Razzid said...

hehe cuma batasan2 antaranye yg harus kite jage hehehehe

مريم أبو أحمد said...

memanglah, tak ada perempuan, tak bertambah manusia kat bumi ni. ;)

insan misteri said...

ai laike..
thumbs up!!!

farah@pa'in said...

hehe i pOn penah bace bende nI..yup,memang betOl.kite sendiri kene tentUkan ape yang kite nak dlm idOp ni;p