Release Tension




Gambar di atas tu tiada kena mengena dengan apa yang saya nak sampaikan kepada pembaca sekalian...Motif saya sebenarnya nak menghilangkan tekanan bagi mereka yang tertekan sahaja ye haha...


KISAH 3 ORANG KAWAN DENGAN JIN

Pada satu zaman dahulu kala,ada 3 orang sahabat baik.Mereka selalu berkepit kemana sahaja.Tapi
ketiga-tiga mereka mempunyai kegemaran berlainan.Si A suka main segala jenis perempuan,si B pula suka minum segala jenis arak dan manakala si C pula suka segala jenis rokok dan benda-benda yang berasap.

satu hari ketiga-tiga sahabat ini berjalan-jalan ditengah padang pasir.Tiba-tiba ketiga-tiga mereka terjumpa dengan sebuah cerek(macam cerita Aladin).Lalu salah seorang mengutipnya lalu mengosok-gosok cerek tersebut.Tak semena-mena keluar asap berkepul-kepul dari corong cerek tersebut dan asap tersebut perlahan bertukar menjadi satu makhluk yang menggerunkan iaitu seekor Jin yang ganas...

Lalu jin tersebut ketawa dan berkata "Ha ha ha ha,Akulah Jin Aperit...Oleh kerana kamu telah membebaskan aku dari cerek itu maka aku akan tunaikan apa sahaja permintaan setiap satu dari kamu."Tiga sahabat yang mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung berfikirkan peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin sekali seumur hidup.Lalu tiap-tiap mereka memilih kemahuan mengikut kegemaran masing-masing.

Berkata si A,"Aku mahu seberapa ramai perempuan muda dan berbagai bangsa dari seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan gangu aku selama 10 tahun".Pufff dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B,"Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekalan selama 10 tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun".Pufff dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,"Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekalan selama 10 tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun".Pufff dengan sekelip mata Jin menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun maka Jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing seperti mana yang di jajikan.Maka Jin tersebut pergi membuka pintu gua si A.Bila terbuka sahaja keluarlah si A dengan keadaankurus melidi,berdiri pun tak boleh kerana tak larat nak gerakkan lutut sebab hari-hari main.Tiba-tiba si A pun jatuh ketanah lalu mati.

Selepas itu jin tersebut pergi ke gua si B....Sebaik sahaja pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang tersangat buncit kerana hari-hari mabuk.Jalan pun terhuyung hayang.Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati.

Maka Jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua...
Tiba-tiba si C keluar dengan keadaan sihat seperti sedia kala dan terus MENAMPAR si Jin sambil MEMAKI HAMUN si Jin dengan berkata.......
BODOH PUNYA JIN....CELAKA PUNYA JIN BARUA PUNYA JIN MENATE BERUK PUNYA JIN BAGI AKU ROKOK TAK BAGI API"10 tahun aku tunggu tak boleh nak buat apa-apa....

11 comments:

TiMmiE said...

hahahahahahaha..lawak siot.kot la nak terpk buat api guna batu ke.. :P

zetty said...

hahahah rase penah bace cite ni kat mastika :)) bgus2 yes, release stress ckit

NAZRUL AZAT said...

muahaha... lawak seh, ngeheheeeee

sarra said...

lawak :)

aNnE said...

nak gelak boleh?haha

Ibrahim Ismail said...

bhahahha.. x ley blah..

nulhazwany abdul malik said...

hahaha rokok membahayakan kesihatan..
^^

shekechik [̲̅ə̲̅٨̲̅٥̲̅٦̲̅] said...

adoii..abis lari tensen2...ngeh3

geekz36 said...

damn funny. so hisaplah rokok banyak-banyak untuk kekal sihat. =P

Latest Entry: Brad Pitt dan Johnny Depp Gaduh Besar ?

Amirah Idris said...

kakaka, lucu der~

Safuraa Abdul Rashid said...

lawak2..dia pun lupa nk request lighter kan..salah kan jin pula..memang terbaik..hehehe..